Sunday, September 23, 2012


Assalamualaikum,

Sudah agak lama tak update blog ni di sebabkan tiada isu yang menarik untuk dipaparkan. Walaubagaimanapun baru-baru ini skrip saya telah di luluskan oleh TV3 untuk menjalani penggambaran bagi mengisi slot cerekarama. Telemovie ini bertajuk 'Salahkah aku' akan ditayangkan insyaallah pada 6/10/2012. Sama-samalah kita tontoninya nanti.

Sunday, September 4, 2011

MAKHLUK BERUPA BERUK DI SEBUAH RUMAH DI SIMPANG PULAI

26 Ogos 2011 -Kesempatan pulang berhari raya di kampungku di Ipoh ku gunakan menziarahi rumah adikku di Simpang Pulai kerana katanya rumahnya dah lama diganggu oleh makhluk halus. Gangguan tersebut walaupun tidak sampai menjejaskan kehidupannya tetapi sedikit sebanyak menyebabkan rumah tersebut jadi tidak tenteram kerana makhluk halus ini sering mengetuk pintu bilik dan bilik mandi dengan agak kuat. Walaupun begitu ia tidak menunjukkan rupa.Adikku telah pun memanggil beberapa orang ustaz dan yang terakhir adalah seorang ustaz yang boleh berdialog dengan makhluk halus tersebut. Katanya makhluk itu adalah berupa seekor anak beruk. Malangnya ianya sukar untuk dihalau kerana anak beruk ini tidak boleh berdialog dan agak degil. Menurut ustaz tersebut dibelakang rumah adikku dulu berlaku tumpah darah yang menyebabkan makhluk itu datang.Ini di akui oleh adikku sendiri dimana suatu ketika dahulu penyewa dirumah adikku ini pernah membuang uri anak yang dilahirkannya dibelakang rumah tersebut tanpa ditanam. Akibatnya secara tidak langsung ianya seolah-olah menjamu makhluk halus tersebut. Oleh kerana itu makluk halus tersebut terus mendiami rumah adikku kerana menantikan jamuan yang seterusnya. Berbalik kepada cerita aku semula...pada malam 26 ogos yang lalu aku telah menggunakan sedikit kemahiran yang ku perolehi semasa mengikuti sifuku Hj Amran dan Hj Rahim untuk menjejaki makhluk tersebut. Bilik utama adalah lokasi pertama ku lakukan tugas mengesan makhluk tersebut dengan izin allah. Lokasi yang paling kuat berdasarkan isyarat yang ku terima( dgn izin Allah) adalah di bilik tidur utama tersebut. Maka hasilnya gambar diatas berjaya kurakamkan dengan izin Allah(sila rujuk ruangan yang ku bulatkan merah itu).Seperti yang kukatakan sebelum ini aku bukanlah jurufoto professional dan bukan juga pakar edit foto dalam komputer ribaku. Aku serahkan kepada mana-mana jurufoto professional yang terbaca blog aku ini untuk menilainya samada iaya hanya sekadar biasan cahaya atau sebaliknya. Bukanlah tujuan aku untuk mengagung-agungkan makhluk yang ku ambil fotonya ini..cuma sekadar melihat samada makhluk yang ada dirumah adikku itu benar-benar wujud atau hanya sekadar dongengan. Wallahualam samada objek yang berada dalam foto ini betul-betul makhluk itu atau bukan. Tetapi jika dilihat betul-betul objek itu memang kelihatan seperti beruk.Mungkin satu hari nanti aku perlu bawa team ghostbuster Tmn Sunway Batu Caves untuk menangkap makhluk ini dengan izin Allah.

"Di ucapkan Selamat Menyambut Aidil Fittri maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca Blog ku ini".