Saturday, July 30, 2011

Menangkap jin dalam badan pesakit yang batuk berpanjangan


28 Julai 2011- Aku berpeluang mengikuti 2 sahabat baik ku Hj Amran dan Hj Rahim meneruskan misi memburu dan menangkap makhluk halus atau jin yang berada didalam badan pesakit.Jika sebelum ini aku berpeluang melihat jin ditangkap didalam rumah, maka kali ini aku berpeluang melihat cara jin ditangkap didalam badan pesakit. Sebelum aku meneruskan coretan ini ingin ku pohon jutaan keampunan daripada dia yang esa kerana dialah juga yang memberikan ilham untuk aku menulis.Sesungguhya aku menulis bukan kerna nama..kerna sifat kasih pada sesama insan dan menyatakan kasih sayangku..kita sama semuanya sama..(Ku petik bait ayat didalam lirik lagu yang dinyanyikan oleh papa Rock Ramli Sarip )Ku minta dijauhkan daripada sifat riak, ujub dan takabur ke atas diriku dan juga ke atas 2 sahabatku yang diberikan kebolehan oleh Allah untuk menangkap jin dan hantu. Tanpa izinnya siapalah kami. Objek makhluk halus yang berjaya ku ambil gambarnya ini adalah daripada seorang pesakit yang mengalami batuk yang berpanjangan. Menurut Hj Amran makhluk halus itu berada di tekaknya yang membuatkan pesakit ini batuk berpanjangan secara luarbiasa.Kaedah yang digunakan untuk menangkap makhluk halus ini adalah secara menangkapnya terus dan dimasukkan ke dalam botol, juga kaedah menggunakan telur ayam dimana telur digolekkan ke atas badan pesakit. Menurut Haji Rahim jumlah maksimum jin yang boleh diperangkap didalam telur ini adalah seramai 5 ekor.Kebiasaannya bukan semua jin boleh ditangkap dalam satu malam.Oleh itu pesakit perlu mengulangi kaedah perubatan ini selama 3 malam untuk kesan yamg lebih baik. Pada malam terakhir pesakit akan diberikan air dan limau nipis sebanyak 21 biji yang telah dibacakan doa, Pesakit perlu mandi dengan menggunakan limau itu tadi. Menurut kaedah perubatan ini limau ini bertujuan untuk melukakan jin yang masih berdegil tidak mahu keluar daripada badan pesakit.Sebelum ku akhiri tulisanku ini ingin aku tegaskan disini tujuan aku menulis bukanlah untuk memperbesarkan kebolehan rakan-rakanku ini. Foto yang ku ambil itu pun mungkin kebetulan sahaja dan aku bukannya jurufoto professional. Ku serahkan kepada pakar-pakar foto untuk menganalisa foto aku ini jika ada yang terbaca blog ku ini.Matlamat utamaku menulis ini adalah untuk berdakwah dengan caraku sendiri. Aku dapati adalah lebih mudah untuk berdakwah dengan cerita-cerita seperti ini daripada kita bercerita tentang kisah-kisah nabi yang mana telah beratus kali dicerita oleh ustaz tapi masih ada lagi yang tak percaya. Buktinya apabila ustaz bercakap tentang khurafat berapa kerat sahaja yang percaya cakap ustaz tersebut..tetapi filem khurafat yang dihasilkan oleh Syamsol Haslam  ianya mendapat sambutan begitu hebat daripada penonton terutamanya masyarakat melayu. Masyarakat kita lebih takutkan hantu daripada Allah.Buktinya bila kita nak takut-takutkan anak kita masa mereka kecik-kecik dulu sudah pasti kita akan kata "jangan nangis nanti hantu datang" maka secara automatik anak tu akan diam.Mengapa kita tak sebut Allah kan lebih bagus.Untuk itulah maka aku cuba buktikan disini bahawa makhluk jin dan syaitan ini tidak perlu kita takuti kerana mereka dijadikan daripada api dan kita daripada tanah. Jika kita fikir secara mudahnya api itu boleh dipadamkan dengan mencampakkan tanah ke atasnya. Juga ingin ku buktikan disini bahawa apa yang tertulis didalam Al Quran dan juga sabda Rasulullah itu adalah benar sebenar-benarnya. Jin yang ada didalam pesakit ini membuktikan kebenaran itu di mana mungkin kita pernah dengar  apabila ustaz mengatakan jin itu boleh membesar dan mengecilkan dirinya hingga berjaya masuk menerusi salur darah kita. Maka kerana itulah kita perlu banyak berzikir supaya laluan jin dan syaitan ke dalam tubuh kita menjadi sempit. Wallahualam.

Saturday, July 23, 2011

Alam mistik di Tmn Sunway Batu Caves

23 Julai 2011- Aku punya 2 orang teman di surauku  yang aku panggil Hj Rahim dan Hj Amran.Setelah lama berkawan dengan mereka baru kini ku ketahui mereka ini punya kebolehan ala cerita yang ku minati 'alam mistik', 'misteri nusantara' dan filem wayang yang paling aku minati semasa zaman remaja dulu iaitu 'Ghost buster'.Telah acapkali ku minta mereka ini datang ke rumahku untuk lakukan  'scanning' di rumahku. Al- maklumlah Taman Sunway Batu Caves memang betul-betul berdekatan dengan bukit Batu Caves yang mana kita ketahui memang merupakan bukit kesukaan makhluk halus.Maka malam kelmarin 2 sahabat baik ku ini pun datang lah ke rumahku, Sebenarnya di rumahku ini bukanlah selalu berlaku kejadian yang aneh..cuma aku sengaja  nak uji kehebatan mereka berdua. Maka terhasillah objek makhluk halus diatas, yang mana makhluk ini berjaya ditangkap oleh kedua-dua rakanku ini dengan izin Allah. Aku sengaja mengambil gambar botol ini pada pagi 24 Julai 2011 kerana aku dengar makhluk halus ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar.tetapi boleh dilihat melalui kamera jika bernasib baik.Mungkin Allah ingin menunjukkan kekuasannya supaya kita tidak perlu takut kepada makhluk halus seperti ini kerana kita dijadikan sebagai khalifah di mukabumi ini sudah tentunya kerana kita lebih hebat daripada Jin dan Syaitan. Wallahualam.

Saturday, July 2, 2011

MAKAN DI RESTAURANT ARAB







makanan yang disaji

ibu mentua pun turut serta menjamu selera